Isnin, 4 Mei 2009

teori thorndike

1 ulasan:

  1. Teori Thorndike

    1. PENGENALAN


    Edward Lee Thorndike, pengasas bagi Teori Thorndike yang juga bersempena dengan namanya. Beliau pada awalnya telah membaca buku James (Principles of Psychology) sebagai mahasiswa psikologi tahun pertama di Wesleylan University dan belajar pada James sendiri di Harvard dalam bidang animal learning. Eksperimen-eksperimen Thorndike dengan binatang sangat didukung James selama ia di Harvard. Kemudian beliau datang ke Columbia atas undangan James Mc. Keen Cattell dan melanjutkan eksperimennya. Setelah meraih gelaran Ph.D, beliau tertarik di bidang sosial dan pendidikan, lalu mengajar di Teachers’ College, Columbia University, hingga waktu tamat perkhidmatannya pada tahun 1949.

    Thorndike mengembangkan teori asosiasionisme yang sangat sistematis, dan salah satu teori belajar yang paling sistematis. Ia membawa idea-idea asosiasi para filsuf ke tahap yang empiris dengan melakukn eksperimen terhadap idea-idea filosofis tersebut. Thorndike juga mengakui pentingnya konsep reinforcement dan reward serta menuliskan teorinya tentang ini dalam ‘law of effect’ tahun 1898 (perbandingan dengan Pavlov yang baru menuliskan ideanya tentang reinforcement pada 1902).[1]



    2. KONSEP TEORI

    • Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan.
    • Teori juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada yang memberi panduan untuk menjalankan penyelidikan dan mendapatkan maklumat baru.
    • Pada asasnya, teori-teori pembelajaran masa kini boleh diklasifikasikan kepada empat mazhab(fahaman) yang utama iaitu Behavioris, Kognitif, Sosial dan Humanis.

    2.1 TEORI BEHAVIORIS
    Fahaman behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thhorndike dan Skinner, berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkahlaku. Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara ‘Rangsangan’ dan ‘Gerakbalas’ yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkahlaku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkahlaku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

    • Muncul di Amerika Utara.
    • Di asaskan oleh J.B. Watson(1878-1958) yang popular dgn Teori Pelaziman Klasik.
    • Dalam “Psychology as the Behaviorist Views It” Watson(1913) mengatakan psikologi ialah ilmu yang mengkaji tingkah laku yg nyata(overt behaviour).
    • Tokoh lain spt Pavlov, Thorndike, Skinner, Hull dll.
    • Aliran Behaviorisme juga dikenali sebagai Associationism iaitu mengkaji kaitan mental antara dua peristiwa atau idea yang membawa kepada terjadinya pembelajaran.
    • Menjalankan kajian ke atas haiwan.
    • Prinsip pembelajaran atau tingkahlaku hasil daripada kajian akan diaplikasikan kepada manusia.
    • Mengfokus kajian kepada tingkahlaku manusia dan menolak aspek kerohanian.
    • Aliran behaviorisme dipengaruhi oleh aliran falsafah logik positif(logical positivism) yang berpendapat bahawa semua ilmu atau pengetahuan perlu disahkan melalui cara yang empirikil atau pemerhatian yang sistematik.
    • Mengemukakan konsep saintifik definisi operasional(operational definition) yang merujuk kepada proses pengukuran kepada sesuatu yang dikaji.
    • Behavioris menegaskan bahawa tujuan ilmu psikologi ialah untuk menghurai, menerang, meramal dan mengawal tingkah laku.


    2.2 TEORI KOGNITIF
    Fahaman kognitif pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkahlaku. Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut pelbagai peringkat umur serta kebolehan pelajar. Teori-teori pembelajaran mereka bertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan dan pengkategorian. Menurut teori ini, manusia memiliki struktur kognitif, dan semasa proses pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat di dalam ingatan.

    • Dipelopori oleh tokoh seperti ahli psikologi gestalt, Piaget, Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel.
    • Berminat mengkaji pemikiran manusia, persepsi dan penanggapan, kognisi, metakognisi, kemahiran berfikir kritis dan kreatif, kemahiran belajar, motivasi dan lain-lain.

    2.3 TEORI SOSIAL
    Fahaman sosial pula menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori fahaman behavioris bersama fahaman kognitif. Teori ini juga dikenali sebagai Teori Perlakuan Model. Albert Bandura, seorang tokoh fahaman sosial ini menyatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan ‘permodelan’. Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar.

    2.4 TEORI HUMANISME
    Fahaman humanis pula berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Seorang ahli fahaman ini, Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.

    • Diasaskan oleh Abraham Maslow(1908-1970) dan Carl Rogers(1902-1987).
    • Menekankan cara fikiran, pengamatan serta interpretasi tentang sesuatu peristiwa atau kejadian.
    • Mempercayai bahawa individu bertanggungjawab ke atas tindakannya(berusaha kearah pencapaian matlamat hidupnya).
    • Kuasa motivasi individu ialah kecenderungannya untuk berkembang dan mencapai pemenuhan kendiri(self-actualisation). Konsep ini dipelopori oleh Maslow.
    • Individu mempunyai keperluan untuk mengembangkan potensinya ke tahap maksima.[2]

    2.1.1 TEORI BEHAVIORISME – TEORI THORNDIKE

    Menurut Thorndike, belajar merupakan peristiwa terbentuknya asosiasi-asosiasi antara peristiwa-peristiwa yang disebut sebagai Stimulus (S) dengan Respon (R).

    Stimulus – suatu perubahan dari linkungan eksternal yang menjadi tanda untuk mengaktifkan organisme untuk berinteraksi atau melakukan sesuatu.

    Respon – sebarang tingkahlaku(tindakbalas) yang wujud kerana adanya peransangan(giat).

    Eksperimen “Kucing Lapar” yang dimasukkan ke dalam sangkar(puzzle box) diketahui bahawa supaya tercapai hubungan antara Stimulus dan Respons, perlu adanya kemampuan untuk memilih respons yang tepat serta melalui usaha-usaha atau percubaan-percubaan (trials) dan kegagalan-kegagalan(error) terlebih dahulu. Bentuk paling dasar dari belajar adalah “Trial and Error Learning” atau “Selecting and Connecting Learning” dan berlaku menurut hukum-hukum tertentu. Oleh kerana itu teori belajar yang dikemukakan oleh Thorndike ini disebut juga sebagai Teori Belajar Koneksionisme atau Teori Asosiasi.

    Thorndike membentuk tiga hukum iaitu Law of Readiness(Hukum Kesediaan), Law of Exercise(Hukum Latihan) dan Law of Effect(Hukum Kesan).

    Law of Readiness : Adanya kematangan fisiologis untuk proses belajar tertentu, misalnya kesediaan untuk belajar membaca. Isi teori ini sangat berorientasi pada fisiologis. Melalui ransangan motivasi akan menghasilkan pelajar yang mempunyai kesediaan untuk belajar yang efektif. Manakala tanpa ransangan, ia tidak berkesan memberi semangat terhadap pelajar untuk belajar.

    Law of Exercise : Jumlah latihan(seperti penggunaan atau praktikal) dapat memperkuat ikatan S-R. Contohnya mengulangkaji, menghafal dan sebagainya. Teori ini dilengkapi dengan adanya unsur kesan belajar sehingga mengulangkaji semata-mata tidak lagi berkesan. Dengan ini, pertalian antara ransangan dan gerakbalas akan bertambah kukuh sekiranya latihan, aplikasi serta aktiviti pengukuhan diberikan.

    Law of Effect : menguatkan atau melemahkan sesuatu perhubungan dapat dipengaruhi oleh konsekuensi dari hubungan tersebut. Konsekuensi positif akan menguatkan hubungan sementara konsekuensi negatif pula akan melemahkannya. Teori ini disempurnakan dengan tambahan bahawa konsekuensi negatif tidak selalunya melemahkan hubungan. Pertalian antara ransangan dan tindakbalas ini akan bertambah kukuh apabila mendapat impak pengalaman yang menyeronokkan dan tindakbalas ini akan berulang. Manakala jika impak pengalaman itu menyakitkan, gerakbalas ini akan lenyap. Merumus bahawa ganjaran dapat menggalakkan individu manakala denda menghalang individu daripada melakukan sesuatu pekerjaan. Anggapan Thorndike mengenai konsekuensi ini menjadi sumbangan penting bagi aliran Behaviorisme kerana ia memperkenalkan konsep Reinforcement. Kemudiannya konsep ini menjadi dasar teori para tokoh Behaviorisme seperti Watson, Skinner, Pavlov dan ramai lagi.[3]

    3. IMPLIKASI TEORI THORNDIKE

    Sebagai permulaan bagi menggiat seseorang untuk belajar ialah dengan memberikan motivasi yang betul serta sering dipantau oleh tenaga-tenaga yang mempunyai kebolehan tinggi untuk memberi pelajaran. Contohnya guru-guru di sekolah memberikan nasihat serta motivasi membimbing para pelajar untuk lebih giat belajar. Tindakan ini kadangkala menghasilkan kepositifan dimana setelah berlangsungnya majlis motivasi bersama pakar(sesuatu subjek dalam pelajaran contohnya), para pelajar akan menunjukkan kepositifan dalam belajar, lebih memberi perhatian di dalam kelas dan akan menunjukkan juga keputusan peperiksaan yang lebih cemerlang berbanding sebelumnya.

    Impak dari latihan, kerja sekolah dan latih tubi sesebuah subjek pelajaran juga membantu mendorong kepada kecemerlangan pembelajaran para pelajar. Ini kerana setelah melakukan latihan yang kerap(contohnya pada satu subjek yang sama), pelajar dapat mengingat setiap latihan yang dilakukannya sekaligus menjadikan ianya mudah diingat. Kadangkala pelajar mempunyai cara tersendiri untuk mengingat sesuatu dalam sesebuah subjek pelajaran. Sebagai contoh, pelajar membuat peta minda ringkas untuk mengingat peristiwa-peristiwa dalam subjek Sejarah.

    Seringkali pihak sekolah mengadakan majlis penyampaian hadiah bagi pelajar cemerlang. Ini menggiat lagi pelajar untuk mendapatkan lebih kejayaan pada masa akan datang. Guru disiplin yang memantau disiplin para pelajar akan bertindak untuk memberi denda terhadap pelajar yang ingkar pada peraturan sekolah dan pelajar yang melakukan kesalahan umum. Kadangkala pelajar di rotan, di denda berdiri sepanjang waktu proses pembelajaran berlangsung dan ini adalah antara contoh-contoh denda yang dilaksanakan. Dengan melaksanakan denda mengikut kewajarannya, para pelajar akan merasa terhalang dari melakukan kesalahan berulang. Ini menunjukkan di sinilah pelajar berpeluang menunjukkan serta menikmati kejayaan pembelajaran mereka.[4]

    4. APLIKASI PSIKOLOGI

    Aplikasi Behaviorisme

    • Ahli psikologi tidak perlu memberi perhatian kepada peristiwa yang berlaku dalam mental (sedar atau tidak sedar), sebaliknya memberi tumpuan kepada tingkahlaku yang boleh diperhatikan secara nyata atau tidak nyata.
    • Watson mengatakan bahawa aspek yang berkaitan tingkahlaku seseorang dipengaruhi persekitaran dan bukannya dari unsure-unsur dalaman.
    • Idea Watson ialah tingkahlaku dan proses mental adalah hasil daripada pembelajaran (Bernstein et al., 1994).
    • Menurut pendekatan behaviorisme tingkahlaku ialah satu siri gerakbalas yang berlaku dengan wujudnya rangsangan.
    • Aplikasi ini juga dikenali sebagai psikologi ransangan gerakbalas atau R-G.
    • Pavlov(1849-1936) dikaitkan dengan konsep pelaziman klasik.
    • Eksperimen ke atas anjing bagi menunjukkan perkaitan antara ransangan(makanan) dengan gerakbalas (enzim amylase/air liur).
    • Thorndike(1874-1949) memperkenalkan Teori Pelaziman Cuba Jaya(Theory of Trial And Error Conditioning).
    • Prinsip asas pembelajaran ialah pengaruh ganjaran dan denda.
    • Organisme akan membuat sesuatu yang membawa keseronokan dan mengelakkan melakukan sesuatu yang membawa kesakitan atau membahayakan diri.

    Menurut Thorndike,

    • Ganjaran mendorong organisme mengulangi sesuatu gerakbalas.
    • Denda boleh menyekat organisme daripada melakukan sesuatu gerakbalas.
    • Organisme mengaitkan gerakbalas tertentu dengan ransangan tertentu.
    • Jenis pembelajaran ini dilabel sebagai ‘Pembelajaran instrumental atau operan’.
    • Skinner(1904-1990) memperluaskan Teori Thorndike.
    • Terkenal dengan pelaziman operan yang mengukur pengaruh ganjaran dan dendaan.
    • Eksperimen ke atas tikus dan burung merpati.
    • Dapat mengukur proses pembelajaran dengan cara menukar frekuensi mendapatkan ganjaran dan dendaan.[5]












    5. RUMUSAN

    Setiap perlakuan adalah dirangsang oleh perangsangan tertentu. Sebagai contoh seorang kanak-kanak yang mendengar loceng penjual aiskrim, secara automatik kanak-kanak itu akan mendesak seseorang untuk mendapatkan aiskrim sedangkan dia tidak melihat penjual aiskrim tersebut. Seseorang akan bertindak lebih agresif apabila kemahuannya tidak dipenuhi(cita-cita tidak tercapai). Namun bagi organisma(individu) yang tidak mendapat sebarang rangsangan tidak akan mempunyai minat untuk melakukan sebarang tindakan(respon).

    Dalam teori-teori yang dikaji oleh tokoh-tokoh psikologi utama, kita dapat melihat dengan lebih jelas tentang perlakuan yang dilaksanakan berdasarkan rangsangan tertentu, menggunakan cara yang betul untuk memberi rangsangan terhadap organisma(individu) untuk bertindakbalas sama ada tindakbalas itu positif atau negatif serta dalam keadaan sedar atau tidak sedar.

    Teori Behavioris yang mengkaji perwatakan sesuatu organisma hidup ini semakin berkembang mengikut arus permodenan masa. Edward Lee Thorndike yang pada mulanya mempelajari dan mengkaji perwatakan pada haiwan melalui Animal Learning kemudian berminat mengetahui lebih mendalam mengenai pendidikan manusia. Ini bermakna Thorndike sendiri ingin memperluas pengetahuan psikologinya agar lebih mendalam bukan sahaja dalam bidang haiwan, tetapi seluruh hidupan.

    Melalui terciptanya konsep-konsep teori dan contoh-contoh berkesan dari eksperimen-eksperimen yang dilakukan oleh ahli psikologi ini, para guru atau pendidik dapat mengetahui serba sedikit mengenai cara penyelesaian untuk menggiat respon positif dari pelajarnya. Dengan ini ia memudahkan proses melahirkan generasi yang mempunyai tindakbalas positif bagi menjayakan sesuatu perlaksanaan(pekerjaan/kelakuan).

    6. Rujukan dari website:

    http://wangmuba.com/2009/02/19/latar-belakang-munculnya-teori-kekuatan-operan-operant-conditioning/
    http://en.wikipedia.org/wiki/Edward_Thorndike
    http://www.sabah.edu.my/skpmtdon/notes/Teori%20&%20Model%20P&P.pdf
    http://jessylingmeiyin.blogspot.com/2009/02/teori-teori-pembelajaran-pembelajaran.html

    BalasPadam